LUAR NEGARA

Peluru berpandu Iran hentam Pangkalan Tentera AS di Al-Udeid, tiada korban dilaporkan

DOHA – Sebuah peluru berpandu balistik Iran dilaporkan mengenai pangkalan tentera Amerika Syarikat di Al-Udeid, Qatar, hari ini, namun tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa.

Menurut kenyataan rasmi Kementerian Pertahanan Qatar, negara itu menjadi sasaran dua peluru berpandu yang dilancarkan dari Iran sebagai tindak balas terhadap serangan Amerika Syarikat dan Israel ke atas sasaran di wilayah Iran.

“Sistem pertahanan udara berjaya memintas satu daripada peluru berpandu tersebut, manakala peluru berpandu kedua mengenai Pangkalan Al-Udeid Qatar tanpa menyebabkan sebarang korban,” menurut kenyataan berkenaan.

Al-Udeid merupakan pangkalan tentera terbesar Amerika Syarikat di Asia Barat dan menjadi lokasi utama operasi udara Washington di rantau Teluk.

Pangkalan itu menempatkan ribuan anggota tentera AS serta aset ketenteraan strategik.

Serangan tersebut dilihat sebagai mesej langsung Tehran kepada Washington susulan peningkatan ketegangan ketenteraan dalam beberapa hari kebelakangan ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button