BERITA SEMASA

Lori terbabas, NKVE lumpuh tengah malam

SHAH ALAM – Aliran trafik di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) arah utara lumpuh selepas sebuah lori terbabit dalam kemalangan sehingga menghalang semua lorong di Kilometer 8.4 berhampiran Setia Alam, tengah malam tadi.

Plustrafik menerusi hantaran di media sosial memaklumkan semua lorong arah utara terhalang akibat kemalangan tersebut, manakala lorong kanan arah selatan turut terjejas.

Susulan kejadian itu, pengguna lebuh raya dinasihatkan keluar melalui Plaza Tol Setia Alam dan menggunakan laluan alternatif berikutan trafik di lokasi kejadian tidak bergerak.

Beberapa pengguna media sosial yang terperangkap dalam kesesakan turut berkongsi gambar dan video memaparkan sebuah lori dipercayai membawa muatan ayam terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan.

Rakaman yang tular turut menunjukkan ayam-ayam bertaburan di atas lebuh raya, manakala lori terbabit mengalami kerosakan teruk.

Seorang pengguna Threads, @mainorhanis, memuat naik video yang menunjukkan sebuah struktur dipercayai papan tanda tumbang dan menutup keseluruhan laluan arah utara, sekali gus memburukkan keadaan trafik di kawasan berkenaan.

Setakat ini, belum ada laporan mengenai jumlah mangsa atau kecederaan yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

Orang ramai dinasihatkan mendapatkan maklumat trafik terkini sebelum memulakan perjalanan serta mematuhi arahan pihak berkuasa di lokasi kejadian.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button