Little India Ipoh miliki tandas awam pertama selepas 100 tahun
IPOH – Little India di sini kini mempunyai tandas awam pertama selepas 100 tahun, sekali gus meningkatkan kemudahan untuk peniaga dan pengunjung menjelang sambutan Deepavali serta Tahun Melawat Malaysia.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, tandas awam berkonsepkan Bersih, Menawan dan Wangi (BMW) itu merupakan tandas awam ke-12,000 yang berjaya dinaik taraf atau dibina di bawah Kerajaan MADANI.
Beliau berkata, penyediaan kemudahan itu membawa makna besar kepada keselesaan peniaga dan pengunjung, khususnya ketika kawasan berkenaan menerima kunjungan orang ramai sempena musim perayaan.
“Perubahan kecil sebegini membawa makna yang cukup besar untuk keselesaan peniaga dan pengunjung, lebih-lebih lagi menjelang Tahun Melawat Malaysia nanti,” katanya menerusi kenyataan.

Dalam perkembangan berkaitan, Nga berkata beliau turut menyampaikan sumbangan RM20,000 kepada Persatuan Peniaga-Peniaga Little India Ipoh ketika mengadakan lawatan turun padang di kawasan itu, semalam.
Katanya, sumbangan berkenaan diharap dapat membantu merancakkan perniagaan serta memeriahkan program kebudayaan sepanjang musim perayaan Deepavali.
Beliau turut meluangkan masa menyantuni peniaga dan komuniti setempat ketika meninjau suasana persiapan sambutan Deepavali di Little India Ipoh.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








