BERITA SEMASA

LHDN terus komited laksana agenda pembangunan komuniti, tanggungjawab sosial orang asli

CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) terus komited dalam melaksanakan agenda pembangunan komuniti dan tanggungjawab sosial orang asli di kawasan pedalaman.

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) merangkap Komandan Kor Penyelaras Pasukan Beruniform (KPPU) LHDN, Khairul Halimin Abdul Halim, inisiatif rintis Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI di Pos Balar, Gua Musang baru-baru ini, merupakan penzahiran kepada komitmen berkenaan.

lhdn
Khairul Halimin (tengah) dan pegawai LHDN turut bergambar kenang-kenangan bersama para pelajar SK Balar – GAMBAR IHSAN LHDN

“Pelaksanaan program ini adalah selari dengan amanat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Perhimpunan Kementerian Kewangan Malaysia pada 13 Mac lalu.

“Amanat tersebut menekankan kepentingan memperluas pelaksanaan program Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI yang melibatkan kerjasama antara agensi kerajaan, swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memacu kemampanan dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian dan penyampaian sumbangan Program CSR LHDN Prihatin yang berlangsung pada 9 hingga 12 Mei di Pos Balar, Gua Musang, Kelantan.

Program berkenaan turut mendapat kerjasama strategik antara KPPU LHDN, LHDN Negeri Kelantan, dan Sekolah Kebangsaan (SK) Balar.

Sepanjang empat hari berlangsung, pelbagai aktiviti menarik diadakan termasuk sesi libat urus bersama warga SK Balar, kaunter semakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan khidmat nasihat percukaian.

lhdn
Reruai semakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan nasihat percukaian oleh para petugas LHDN. – GAMBAR IHSAN LHDN

Pada masa sama, LHDN turut komited dalam memainkan peranan aktif bertemu komuniti luar bandar dan memperkukuh pembangunan pendidikan, sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Inisiatif itu sekali gus menjadi pemangkin kepada kesejahteraan serta kemajuan masyarakat secara menyeluruh pada masa depan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button