Lebih 400 peserta hadir Seminar Belanjawan 2025
KUALA LUMPUR – Kemeriahan sambutan tahun baharu 2025 diteruskan dengan penganjuran Seminar Belanjawan 2025 oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) secara fizikal dan juga dalam talian yang berlangsung di Berjaya Times Square di sini.
Menurut LHDN dalam satu kenyataan, program itu menerima penyertaan lebih daripada 400 orang peserta yang terdiri daripada pengamal percukaian, ahli badan profesional serta orang ramai dari seluruh negara.
“Seminar ini dilihat sebagai satu platform untuk membuka ruang bagi perbincangan mendalam dan maklum balas yang berterusan berkenaan cadangan Belanjawan 2025 selepas ia dibentang serta dibincangkan di Parlimen seterusnya diwartakan oleh pihak kerajaan.
” Pembentang dan ahli panel berpengalaman yang terdiri daripada pegawai kanan LHDN, ahli majlis CTIM, ahli akademik dan pemain industri juga telah dijemput untuk membuat kupasan berkenaan status pelaksanaan tadbir urus percukaian korporat di Malaysia dalam konteks meningkatkan kepatuhan syarikat terhadap kewajipan cukai dan memperkukuhkan integriti sistem percukaian negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LHDND, Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin dan turut dihadiri oleh Presiden Chartered Tax Institute Malaysia (CTIM), Soh Lian Seng.Â
Dalam pada itu katanya, topik pelaksanaan e-Invois di Malaysia, khususnya dalam usaha untuk meningkatkan ketelusan, kecekapan dan kepatuhan cukai turut dibincangkan sebagai langkah penting dalam reformasi sistem percukaian.
Sementara itu Abu Tariq berkata, beliau optimis dengan kompetensi pegawai-pegawai LHDN dan pendigitalan sistem agensi itu yang pastinya akan meningkatkan kecekapan dan memperkasa pentadbiran cukai dalam mencapai sasaran kutipan pada tahun ini.
Pada masa sama katanya, hasrat kerajaan yang ingin mewujudkan keseimbangan dalam sosio-ekonomi melalui pendekatan sistem pencukaian juga mampu direalisasikan.
“Penganjuran Seminar Belanjawan 2025 ini diharap dapat mencapai objektifnya dalam membekalkan maklumat percukaian terkini di Malaysia kepada pihak-pihak yang terlibat, sekali gus meningkatkan pemahaman mengenai undang-undang dan dasar percukaian yang sedang berkuat kuasa,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







