BERITA SEMASA

Lesen PSV pemandu Grab dirakam buat gangguan seksual terhadap penumpang wanita dibatalkan

PUTRAJAYA – Lesen Perkhidmatan Kenderaan Awam (PSV) seorang pemandu Grab yang didakwa terlibat dalam insiden gangguan seksual terhadap seorang penumpang di Johor Bahru, baru-baru ini dibatalkan serta-merta.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, arahan tersebut sudah dikeluarkan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Ini bermaksud, pemandu tersebut tidak dibenarkan berkhidmat sebagai pemandu di semua platform e-hailing,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selain itu, Kementerian Pengangkutan (MOT) menerusi Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) akan memanggil semua pengendali e-hailing, termasuk Grab, bagi membentangkan pelan tindakan penambahbaikan untuk meningkatkan tahap keselamatan penumpang.

Anthony menegaskan, MOT tidak akan bertoleransi terhadap sebarang tingkah laku yang mengancam keselamatan penumpang dan bersedia memberikan sokongan penuh kepada mangsa bagi memastikan tindakan polis diambil terhadap pelaku.

Semalam, tular di media sosial sebuah video yang memaparkan seorang pemandu e-hailing melakukan gangguan seksual terhadap seorang penumpang wanita.

Video yang dilaporkan dirakam sendiri oleh penumpang terbabit menunjukkan pemandu berkenaan menghulurkan tangannya ke belakang untuk menyentuh wanita tersebut, namun ditepis.

Pemandu itu juga didakwa bertanya umur wanita berkenaan serta berapa ‘harganya’ dalam bahasa Mandarin.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button