BERITA SEMASA

400 keluarga terima bantuan tunai, kenderaan

SUBANG JAYA – Nasib 400 keluarga yang terjejas akibat letupan saluran paip gas di Putra Heights pada 1 April lalu turut mendapat perhatian tiga syarikat swasta terkemuka.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, Berjaya Corporation (Berjaya) telah menyumbangkan RM3,000 kepada 300 keluarga, manakala syarikat pemaju Matrix Concept Holdings Berhad (Matrix) menyalurkan RM3,000 kepada 100 keluarga.

Anthony (baju oren) bersama wakil tiga syarikat swasta yang memberi sumbangan pada mangsa yang terjejas dalam insiden letupan paip gas pada 1 April lalu.

Tambah beliau, syarikat e-dagang kereta bersepadu, Carsome pula menaja 50 kereta untuk kegunaan mangsa kebakaran selama sebulan.

“Untuk fasa pertama hari ini, penyerahan kepada mangsa membabitkan 20 kereta manakala baki lagi 30 akan dihantar pada minggu hadapan.

“Terdapat syarikat juga yang bersetuju untuk menaja sebanyak 63 buah motosikal yang mana penyerahan akan dibuat Isnin nanti,” kata Anthony kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bantuan di pekarangan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Putra Heights, di sini hari ini.

Turut hadir Pengasas Berjaya, Tan Sri Vincent Tan; Ketua Pegawai Eksekutif Matrix, Chai Keng Wai dan Ketua Pegawai Eksekutif Carsome, Eric Cheng.

Dalam pada itu, Anthony berkata, beliau menghargai usaha syarikat-syarikat swasta yang tampil membantu mangsa kebakaran.

“Sumbangan ini menunjukkan bahawa apabila kita ditimpa bencana dan kesusahan, semua pihak berganding bahu bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk membantu.

“Saya harap semangat ini menunjukkan satu semangat rakyat Malaysia yang boleh kita banggakan,” ujarnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button