BERITA SEMASADALAM NEGERI

Dua lelaki terbabit rakaman video tak senonoh dalam kereta ditahan polis

SEREMBAN – Polis menahan dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam rakaman aksi tidak senonoh di dalam sebuah kereta seperti tular sejak beberapa hari lalu.

Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad, lelaki masing-masing berusia 19 dan 36 tahun itu ditahan semalam dan hari ini.

“Polis Kontinjen Negeri Sembilan menjalankan siasatan terhadap dua laporan polis yang diterima berhubung penularan video di media sosial berkaitan kelakuan tidak senonoh dua individu dalam sebuah kenderaan.

“Hasil siasatan, polis mendapati kejadian itu berlaku di kawasan Bahau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Alzafny berkata, turut dirampas sebuah kenderaan jenis Perodua Alza dan dua telefon bimbit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 377d Kanun Keseksaan bagi kesalahan kelucahan melampau di tempat awam dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun.

Polis turut menjalankan siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 ke atas penularan berita tidak benar dalam media sosial mengaitkan kes ini dengan imam masjid di daerah Seremban.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button