JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki maut ditembak di hadapan premis cuci kenderaan

NIBONG TEBAL – Seorang lelaki warga tempatan maut selepas ditembak di hadapan sebuah premis mencuci kenderaan di Jalan Besar Permatang Keling di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.20 malam, mangsa berusia 38 tahun didatangi dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal sebelum suspek dipercayai melepaskan enam das tembakan dari jarak dekat.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan dan dikejarkan ke Hospital Parit Buntar, Perak untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Bagaimanapun, mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Taiping sebelum disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail mengesahkan kejadian berkenaan.

“Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden tersebut dalam masa terdekat,” memetik HM online.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button