BERITA SEMASA

Lelaki jatuh Sungai Selangor diselamat nelayan

SHAH ALAM – Seorang nelayan bertindak pantas dan berjaya menyelamatkan lelaki warga emas yang terjatuh ke dalam Sungai Selangor berhampiran Jambatan Kuala Selangor, Kuala Selangor, semalam.

Mangsa yang berusia 50-an dipercayai berada dalam keadaan tidak stabil sebelum terjatuh dari kawasan jeti tersebut.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Selangor berkata, nelayan warga tempatan yang berada berhampiran lokasi terdengar bunyi dentuman kuat seperti objek jatuh ke dalam sungai.

“Dia melihat mangsa terkapai-kapai sambil meminta tolong. Pada masa sama, keadaan arus sungai yang deras menyebabkan mangsa hanyut sejauh 500 meter dari lokasi asal.

“Nelayan itu kemudian bertindak membawa bot miliknya untuk memberikan bantuan awal kepada mangsa sambil cuba memastikan mangsa terus berada di permukaan air,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, sepasukan tiga anggota yang digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima aduan orang awam pada 7.26 pagi kemudian menjalankan operasi menyelamat di lokasi.

“Mangsa kemudian dibawa ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kuala Selangor untuk tindakan lanjut .” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button