Lelaki hilang cari etok di Sungai Pahang ditemui lemas
PEKAN – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika mencari etok di Sungai Pahang dekat Kampung Bukit Kenau kelmarin, ditemui lemas pagi ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Peramu, Wan Samsul Effendi Wan Mahmud berkata, mayat mangsa, Mohd Zainuren Abd Rashid, 45, ditemukan tertiarap di beting pasir di tengah sungai kira-kira pukul 8 pagi, berhampiran Kampung Pulau Manis, sekitar tiga kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.
“Mayat ditemukan dalam keadaan sempurna dan lengkap berpakaian oleh anggota bomba serta penduduk kampung yang melakukan rondaan mencari mangsa di sepanjang sungai terbabit,” katanya memetik laporan Metro Online.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 6 petang kelmarin ketika Mohd Zainuren bersama empat ahli keluarga mencari etok, sejenis kerang yang membiak di kawasan bersempadan antara air tawar dan air masin.
Mangsa dipercayai tenggelam di kawasan lubuk yang terbentuk akibat aktiviti perlombongan pasir.
Lebih 40 anggota bomba, polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dibantu penduduk kampung terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat.
Jenazah mangsa telah dihantar ke Hospital Pekan untuk proses bedah siasat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

