BERITA SEMASA

Legenda sepak takraw yang juga ketua jurulatih KL Thunder meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih pasukan sepak takraw profesional KL Thunder, Rosli Ab Rahman menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi.

Berita duka itu dikongsi oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sukarelawan Dana Kita, Mohd Fadli Salleh dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya.

“Telah dijemput Allah kakanda kesayangan kami, Abang Rosli Ab Rahman dengan penuh ketenangan dan kasih sayang Tuhan. Semoga Allah ampunkan segala dosa dan terima segala amal baik arwah. Innalillah,” tulisnya.

Allahyarham yang bergiat aktif dalam. NGO itu merupakan bekas pemain sepak takraw kebangsaan Malaysia dan dianggap sebagai legenda dalam sukan tersebut.

Di bawah bimbingan beliau, KL Thunder telah mencapai beberapa kejayaan penting dalam Liga Sepak Takraw (STL), termasuk menjadi juara kumpulan dan mara ke peringkat suku akhir serta perlawanan akhir pelbagai kejohanan.

Beliau terkenal dengan kepakaran dan strateginya dalam menguruskan pasukan, termasuk menggilap bakat pemain kebangsaan seperti Syahir Rosdi dan Azlan Alias. 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button