BERITA SEMASAMALAYSIA MADANI

Lawatan Trump lambang kematangan politik Malaysia – Saifuddin Nasution

KUALA LUMPUR – Lawatan rasmi Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ke Malaysia sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 menjadi bukti kematangan politik negara di pentas antarabangsa.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya juga merakamkan penghargaan setinggi-tingginya kepada Trump serta seluruh delegasi Amerika Syarikat atas kesudian mengadakan lawatan rasmi ke negara ini.

Saifuddin mengiringi keberangkatan Trump yang akan meneruskan rangka lawatan jelajah Asia ke Jepun pagi tadi.

“Lawatan ini turut mencerminkan kematangan politik Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri dan Pengerusi ASEAN.

“Berpegang kepada prinsip ASEAN Centrality, rantau ini bebas menentukan haluannya sendiri, bebas berkawan dan menyampaikan pandangan tanpa perlu mengorbankan prinsip selaras dengan dasar keterbukaan dan keseimbangan yang menjadi teras Kerajaan MADANI,” katanya melalui hantaran di media sosial.

Saifuddin berkata sedemikian selepas beliau selaku Menteri Pengiring mengiringi keberangkatan Trump yang berlepas ke Jepun, pagi tadi.

Tambahnya, lawatan itu diharap menjadi asas kepada hubungan dua hala yang lebih kukuh antara Malaysia dan Amerika Syarikat serta menyumbang kepada keamanan dan kemakmuran serantau.

Lawatan Trump ke Malaysia adalah sebahagian daripada jelajah Asia beliau yang juga melibatkan Jepun dan negara-negara lain di rantau ini, menandakan komitmen Amerika Syarikat dalam memperkukuh hubungan dengan Asia Tenggara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button