Laporan video cemar imej TH dikemukakan kepada MCMC, polis – Menteri Agama
KUALA LUMPUR – Kerajaan telah mengemukakan aduan serta laporan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung beberapa video di media sosial yang didakwa cuba mencemarkan imej Lembaga Tabung Haji (TH).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, pihaknya maklum wujud kandungan yang menghasut umat Islam supaya menarik simpanan mereka daripada TH.
“Hasutan ini tidak memberi manfaat atau kebaikan kepada usaha mempertahankan institusi Tabung Haji. Maka kerajaan telah meneliti perkara ini dan mengambil tindakan.
“Contohnya, aduan serta laporan telah dikemukakan kepada MCMC, selain laporan polis dibuat terhadap beberapa video yang dilihat menjurus kepada unsur hasutan. Perkara ini kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan secara adil,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Mohd Isam sebelum itu bertanya mengenai langkah kerajaan mengekang naratif dan dakwaan tidak benar terhadap TH yang disebarkan di pelbagai platform media sosial.
Dalam pada itu, Mohd Na’im menegaskan bahawa kerajaan komited mempertahankan kedudukan TH sebagai institusi penting umat Islam di negara ini, sambil mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan dakyah yang boleh menjejaskan keyakinan terhadap agensi berkenaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







