BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Kubur Syamsul Haris digali semula pagi ini

KUALA LUMPUR – Proses penggalian semula kubur pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, 22, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Ulu di Semenyih, Selangor, akan dilakukan pagi ini.

Ibunya, Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, berkata, kerja menggali semula kubur akan dibuat pada jam 8 pagi.

“Penggalian semula kubur Syamsul Haris ditetapkan pada 29 Ogos (Jumaat) pada 8 pagi,” katanya memetik laporan BH Online hari ini.

Kerja penggalian kubur Allahyarham Syamsul dijangka mengambil masa antara dua hingga tiga jam. Jasadnya kemudian dijangka dibawa ke Unit Forensik dan Patalogi, Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat kedua.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button