BERITA SEMASA

Krisis Asia Barat: TH teliti kesan terhadap operasi haji 1447H sebelum keputusan dibuat

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) sedang menilai secara menyeluruh implikasi konflik semasa di Iran yang memberi kesan kepada ruang udara di beberapa kawasan Asia Barat susulan penggantungan sementara penerbangan keluar dan masuk dari rantau berkenaan.

Dalam kenyataan hari ini, TH memaklumkan pihaknya memantau perkembangan terkini dengan rapi sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan urusan bakal jemaah haji Malaysia bagi Musim Haji 1447H/2026M.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Mustakim Mohamad berkata, tindakan lanjut akan ditentukan berdasarkan nasihat serta maklumat semasa daripada rakan syarikat penerbangan dan pihak berkuasa berkaitan.

“Berhubung tanggungjawab TH terhadap bakal jemaah negara, sebarang keputusan akan dibuat berpandukan nasihat yang diterima daripada rakan syarikat penerbangan, pihak berkuasa Arab Saudi serta Kementerian Luar Negeri Malaysia,” katanya.

Beliau menambah, TH akan memaklumkan perkembangan lanjut pada masa yang sesuai selepas semua aspek diteliti secara komprehensif, termasuk faktor keselamatan, logistik dan kelancaran perjalanan.

Sehubungan itu, TH menegaskan bahawa keselamatan dan kebajikan bakal jemaah haji Malaysia kekal sebagai keutamaan dalam setiap pertimbangan dan keputusan yang akan dibuat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button