BERITA SEMASA

KPT arah siasatan terperinci insiden kebakaran asrama UniMAP

KANGAR – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mahu siasatan terperinci dilakukan bagi mengenal pasti punca kebakaran yang berlaku di di aras bawah Blok B, Kompleks Perumahan Pauh Putra, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Arau, awal pagi semalam.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, kementerian juga akan menyalurkan bantuan sewajarnya kepada UniMAP susulan insiden itu.

“Semoga semua yang terbabit tabah dan KPT akan memastikan segala perkara berkaitan akan diberi perhatian sewajarnya,” katanya dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya, malam tadi.

Terdahulu, media melaporkan sebanyak 26 motosikal musnah manakala 10 lagi mengalami kerosakan kecil selepas kawasan parkir asrama lelaki UniMAP di Pauh, Arau terbakar, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Arau Supt Ahmad Mohsin Md Rodi dipetik sebagai berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 4.43 pagi.

Zambry berkata, beliau juga dimaklumkan bantuan segera telah diberikan oleh UniMAP bagi tujuan kebajikan dan penempatan sementara kepada pelajar yang terbabit, termasuk dari segi urusan barangan keperluan dan makanan.

“Bangunan yang menempatkan asrama pelajar ini telah dikosongkan dan UniMAP telah mengambil langkah-langkah awal bagi memastikan keselamatan pelajar diberi keutamaan,” katanya.

Beliau juga menasihatkan semua pelajar yang terlibat supaya sentiasa berhubung dan mendapatkan maklumat terkini daripada universiti.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button