KPT anjur jerayawara tingkat kecekapan pengurusan data
KUALA LUMPUR – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) semalam menganjurkan Majlis Peluncuran dan Jerayawara Polisi Pengintegrasian dan Tadbir Urus Data Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta Kerangka Kerja Pengintegrasian Data KPT.
Program yang bertujuan meningkatkan kecekapan pengurusan dan penggunaan data dalam sektor pendidikan itu disempurnakan oleh Ketua Setiausaha KPT, Datuk Seri Ir, Dr. Zaini Ujang.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Akademik dan Penyelidikan), Prof. Dr. Zainal Amin Ayub; Pegawai-pegawai Kanan KPT; Ketua Pengarah Jabatan Persekutuan; Timbalan Naib Canselor; Ketua Pegawai Digital (CDO) dan Pengarah-pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti.
Dr Zaini berkata, KPT tidak ketinggalan dalam mengangkat agenda pendigitalan kerajaan yang seterusnya meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Katanya, penganjuran jerayawara itu bertepatan dengan polisi menyediakan satu kerangka kepada organisasi bagi memastikan tadbir urus, modal insan dan teknologi dapat menyokong pengintegrasian data selaras dengan Surat Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi Bilangan 1 Tahun 2024.
“Saya berharap agar semua peserta dapat memanfaatkan sesi jerayawara ini dengan sebaik-baiknya dan membawa pulang ilmu untuk dilaksanakan serta idea yang dapat diterapkan dalam tugas harian,” tambah beliau.

| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |














