BERITA SEMASADALAM NEGERI

KPM kekal tolak rotan, ikut pendekatan negara maju bentuk sahsiah murid

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) sekali lagi menegaskan tidak akan menggunakan rotan sebagai kaedah mendidik murid di sekolah.

Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad sebaliknya berkata, KPM akan menumpukan kepada pendidikan berasaskan nilai, adab dan pembentukan karakter.

Beliau berkata, usaha melahirkan generasi berakhlak tinggi dan berdisiplin perlu digerakkan melalui bimbingan serta teladan, bukan menerusi hukuman fizikal.

“Kita mahu membentuk generasi yang beradab dan beretika melalui pendekatan nilai dan kasih sayang. Negara-negara maju telah membuktikan bahawa tanpa rotan pun, mereka berjaya melahirkan pelajar berdisiplin serta berakhlak,” katanya dalam sidang media hari ini.

@malaysiatribune

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan berundur daripada pendiriannya untuk tidak menggunakan rotan sebagai kaedah mendidik murid, sebaliknya menumpukan kepada pendidikan berasaskan nilai, adab dan pembentukan karakter. Ketua Pengarah Pendidikan, Dr. Mohd. Azam Ahmad, berkata usaha melahirkan generasi berakhlak tinggi dan berdisiplin perlu digerakkan melalui bimbingan serta teladan, bukan menerusi hukuman fizikal. #malaysiatribune

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

Beliau berkata, meskipun terdapat gesaan agar rotan dikembalikan, pendirian KPM kekal dan jelas untuk tidak menggunakan rotan sebagai alat dalam pendidikan.

Beliau berkata, negara-negara maju turut membuktikan bahawa tanpa penggunaan rotan, mereka masih mampu melahirkan generasi yang beradab dan berdisiplin.

“Untuk setakat ini, pendirian kita jelas, kita tidak menggunakan rotan sebagai alat dalam pendidikan.

“Negara maju lain tidak menggunakan rotan, tetapi mereka dapat melahirkan generasi yang beradab,” ujarnya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button