BERITA SEMASAINISIATIF KERAJAANPMX

Kerajaan dijangka putus tindakan isu disiplin dan keselamatan pelajar hari ini

KUALA LUMPUR – Kerajaan dijangka memutuskan tindakan berhubung isu disiplin dan keselamatan melibatkan pelajar sekolah hari ini, susulan beberapa insiden tidak wajar yang dilaporkan sejak kebelakangan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau telah mengadakan perbincangan ringkas dengan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berhubung perkara berkenaan.

“Kita akan bincang di peringkat Kabinet secara terperinci… tadi saya sudah bincang sedikit dengan menteri (Fadhlina), esok (hari ini) kita buat keputusan,” katanya memetik laporan BERNAMA .

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai reformasi pendidikan berikutan laporan beberapa kes rogol, bunuh dan buli di beberapa sekolah.

Anwar ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) ke-43, mesyuarat-mesyuarat berkaitan dan Forum Perniagaan Tenaga ASEAN 2025 (AEBF-25) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, semalam.

Sejak kebelakangan ini, beberapa insiden serius melibatkan pelajar sekolah dilaporkan, termasuk kes bunuh di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya, serta kes rogol membabitkan beberapa pelajar di Melaka dan Kedah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button