BERITA SEMASAPMX

Kerajaan terbuka beri kelonggaran rotan pelajar bermasalah

PUTRAJAYA – Kerajaan bersedia mempertimbangkan kelonggaran kepada guru untuk melaksanakan hukuman rotan terhadap pelajar bermasalah, tertakluk kepada syarat dan garis panduan yang ketat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu antara usaha mendisiplinkan pelajar terbabit dalam kes seperti buli, namun pendekatannya perlu dilakukan dengan penuh berhemah serta disertai nilai kasih sayang dan bimbingan.

“Walaupun buli kecil, dia (para guru) nasihat… bukan semuanya (kesalahan) kena rotan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Jannatul Firdaus, PPAM Seruling semalam.

Baca juga : KPM kekal tolak rotan, ikut pendekatan negara maju

Bagaimanapun, Anwar menegaskan hukuman itu tidak boleh dilakukan secara melampau hingga menyebabkan kecederaan kepada pelajar.
“Janganlah sampai pukul, hempuk kepala sampai luka. Tapi, untuk para guru menegur dan merotan tangan (untuk kesalahan) hal-hal yang ringan sedikit,” katanya.

Beliau turut menegur pandangan segelintir pihak yang menolak sepenuhnya penggunaan rotan atas alasan hak asasi manusia, sambil menegaskan sedikit kelonggaran wajar diberikan bagi membendung masalah disiplin di sekolah.

“Kadang-kadang golongan hak asasi liberal ini keterlaluan… tak boleh langsung (rotan). Jadi apabila masalah (buli) ini timbul, kita kena bagilah sedikit kelonggaran dengan syarat-syarat yang ketat,” ujarnya.

Pada 13 Oktober lalu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan pendiriannya untuk tidak menggunakan rotan sebagai alat mendidik murid, sebaliknya menekankan pendekatan berasaskan nilai, adab dan pembangunan karakter.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button