Pendaftaran tahun satu sesi akademik 2027 dibuka hari ini
PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan pendaftaran murid Tahun 1 bagi sesi akademik 2027 telah dibuka bermula hari ini hingga 31 Mac tahun ini.
Sehubungan itu, KPM mempelawa ibu bapa dan penjaga untuk membuat persediaan awal dengan melengkapkan pengisian maklumat profil murid yang layak memohon kemasukan Tahun 1 bagi kalendar akademik sesi 2027.
Menurut KPM, langkah tersebut penting bagi memastikan proses pendaftaran dapat dilaksanakan dengan lancar sepanjang tempoh yang ditetapkan.
“KPM ibu bapa dan penjaga untuk membuat persediaan awal dengan melengkapkan pengisian maklumat profil murid bagi memastikan proses pendaftaran Tahun 1 sesi akademik 2027 dapat dilaksanakan dengan lancar,” katanya dalam kenyataan.
Ibu bapa dan penjaga juga boleh mendapatkan maklumat lanjut serta merujuk soalan lazim (FAQ) dengan mengimbas kod QR yang disediakan atau melayari pautan https://shorturl.at/6jt2U.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








