KP Imigresen sahkan laman web rasmi jabatan alami serangan siber
CYBERJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengesahkan laman web rasminya mengalami serangan siber, hari ini.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, serangan tersebut berlaku pada pukul 2 pagi tadi oleh penyerang yang menggelarkan dirinya sebagai ‘CaptainSmok3r’.
“Serangan siber ini berbentuk defacement dan telah mengakibatkan muka hadapan laman web JIM ditukar kepada paparan imej yang lain.
“Walau bagaimanapun, capaian-capaian yang berkaitan dengan perkhidmatan JIM seperti myIMMs, SSPI dan lain-lain tidak terkesan dengan insiden ini,” kata Ruslin dalam satu kenyataan, sebentar radi.
Beliau menambah, JIM telah mengambil langkah serta-merta susulan serangan tersebut bagi melaksanakan kerja-kerja baik pulih serta konfigurasi keselamatan laman web.
“Laman web JIM dijangka pulih dan boleh diakses semula oleh orang ramai dalam masa terdekat petang ini,” kata Ruslin.
Beliau turut menegaskan bahawa tiada sebarang kebocoran maklumat berlaku dan menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat andaian atau spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan dan mengganggu ketenteraman awam.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







