Kos pendidikan percuma dijangka cecah RM1 bilion dalam 3 tahun – Premier Sarawak
KUCHING – Pelaksanaan pendidikan percuma bermula tahun depan di Sarawak dijangka menelan perbelanjaan kira-kira RM400 juta setahun dan meningkat sehingga RM1 bilion pada tahun ketiga pelaksanaannya.
Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, jumlah besar itu mencerminkan kesungguhan kerajaan negeri memastikan rakyat menikmati akses pendidikan berkualiti tanpa terbeban dengan kos pengajian, lapor Kosmo Online.
“Sebenarnya, boleh tahan jugalah. Nanti saya umumkan dalam bajet.
“Tahun pertama, kita sudah kira, sekurang-kurangnya lebih RM400 juta. Tahun kedua, kita perlu bayar untuk dua kohort. Tahun ketiga, tiga kohort pula. Jadi akhirnya jumlahnya akan melebihi RM1 bilion,” katanya.
Abang Johari berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Hostel Komuniti Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) dan Sambutan Ulang Tahun ke-70 DBNA, di sini malam tadi.
Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, kos pelaksanaan pendidikan percuma itu akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri menerusi hasil pendapatan sendiri yang semakin kukuh.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







