LUAR NEGARA

Korea Selatan mula operasikan peluru berpandu balistik terbaharu hujung tahun ini

SEOUL – Korea Selatan akan mula mengoperasikan peluru berpandu balistik Hyunmoo-5 bagi menghadapi ancaman Korea Utara, hujung tahun ini.

Menteri Pertahanan, Ahn Gyu-back, baru-baru ini memberitahu Yonhap News bahawa Korea Selatan perlu membina sejumlah besar kekuatan senjata konvensionalnya dalam menghadapi ancaman nuklear, lapor The Guardian.

Pertahanan Korea Selatan bergantung sepenuhnya kepada “payung nuklear” Amerika Syarikat (AS) dan oleh itu tidak memiliki senjata nuklear sendiri.

“Oleh kerana itu, Korea Selatan tidak mempunyai pilihan lain selain daripada membangunkan senjata konvensional yang paling berkuasa bagi menghadapi acaman nuklear pihak musuh,” kata pakar pertahanan di Asan Institute for Policy Studies di Seoul, Dr Yang Uk.

Hyunmoo-5 merupakan peluru berpandu balistik seberat kira-kira 36 tan yang dilaporkan mampu membawa kepala peledak seberat lapan tan.

Ia turut mampu dilengkapi dengan kepala peledak jenis “bunker buster”, berpotensi menembusi tanah dalam untuk memusnahkan bunker bertahan kukuh di mana pemimpin pihak musuh mungkin berlindung ketika konflik.

Butiran teknikal spesifikasi senjata tersebut masih tidak didedahkan, namun ia dipeercayai mempunyai panjang kira-kira 16 meter, direka sebagai peluru berpandu permukaan-ke-permukaan, dan boleh dilancarkan dari platform mudah alih.

Julat jarak operasinya dilaporkan antara 600 km hingga lebih 5,000 km, bergantung kepada muatan.

Idea pembangunan peluru berpandu itu mula dicetuskan selepas siri serangan maut oleh Korea Utara pada 2010 iaitu penenggelaman kapal perang Cheonan dan pengeboman Pulau Yeonpyeong yang mengorbankan 50 rakyat Korea Selatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button