BERITA SEMASADALAM NEGERIJENAYAH & MAHKAMAHPMX

Permohonan imuniti Anwar tidak berasas — Armada BERSATU

KUALA LUMPUR — Armada BERSATU mempersoalkan permohonan imuniti bersyarat Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam saman sivil melibatkan dakwaan serangan seksual oleh bekas pembantu peribadinya.

Pengarah Jabatan Komunikasi dan Media Baharu Armada, Na’im Brundage berkata, hujah pihak pembelaan Perkara 39, 40 dan 43 Perlembagaan Persekutuan membolehkan Perdana Menteri menuntut kekebalan eksekutif adalah tidak berasas.

“Peruntukan tersebut hanya merujuk kepada kuasa eksekutif dalam urusan pentadbiran negara dan langsung tidak menyediakan sebarang asas untuk imuniti peribadi.

“Rujukan pihak Anwar kepada Perkara 5(1) Perlembagaan tidak relevan kerana ia bertujuan melindungi kebebasan individu daripada penahanan tanpa hak, bukannya melindungi pemimpin negara daripada tindakan sivil.

“Tidak wajar Perkara 5(1) dijadikan sandaran untuk mengelak pertuduhan serangan seksual yang bersifat peribadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Na’im menegaskan permohonan imuniti itu bercanggah dengan prinsip kesamarataan di sisi undang-undang seperti yang terkandung dalam Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan.

“Kesamarataan undang-undang bermakna tiada sesiapa pun, termasuk Perdana Menteri, boleh dikecualikan daripada berdepan tindakan undang-undang,” tegasnya.

Beliau bimbang kelulusan permohonan itu bakal mewujudkan preseden berbahaya yang membuka ruang kepada pemimpin tertinggi negara menuntut kekebalan serupa, sekali gus menjejaskan integriti dan keadilan sistem kehakiman.

Na’im menyeru Mahkamah Tinggi menolak permohonan imuniti dan membenarkan proses perundangan berjalan dengan adil serta telus, demi menegakkan hak mangsa dan memastikan tiada pihak terlepas daripada tanggungjawab undang-undang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button