KKM nafi Klinik Kesihatan tidak terima pesakit walk-in
PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan dakwaan bahawa fasiliti Klinik Kesihatan tidak lagi menerima pesakit ‘walk-in’ iaitu mereka yang hadir tanpa janji temu seperti yang tular di media sosial.
“Mesej yang tersebar di platform media sosial itu tidak benar dan telah menimbulkan keraguan dalam kalangan masyarakat,” tegas KKM menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.
KKM berkata, walaupun sistem janji temu adalah kaedah utama, ruang untuk pesakit ‘walk-in’ tetap disediakan khususnya bagi kes kecemasan, warga emas dan golongan yang mempunyai kekangan akses teknologi.
“Pesakit tanpa janji temu tetap dilayan namun perlu melalui proses penilaian (triage) terlebih dahulu,” kata kenyataan itu.
Bagaimanapun, KKM menegaskan pesakit yang mempunyai janji temu akan diberikan keutamaan mengikut slot masa yang telah ditetapkan.
“KKM amat memahami bahawa akses teknologi adalah berbeza bagi setiap individu.
“Oleh itu perkhidmatan ‘walk-in’ tetap diteruskan bagi memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat akses rawatan yang adil dan saksama,” menurut kenyataan itu lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







