JENAYAH & MAHKAMAH

Kes Zara Qairina: Lima remaja tiba di mahkamah hadapi pendakwaan

KOTA KINABALU – Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu menjadi tumpuan pagi ini apabila lima remaja yang dikaitkan dengan kes buli membabitkan Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir dibawa untuk menghadapi pendakwaan di Mahkamah Kanak-kanak.

Menurut sumber, kenderaan membawa kesemua remaja terbabit dilihat memasuki pekarangan mahkamah kira-kira jam 8.45 pagi dengan kawalan ketat anggota polis.

“Suasana di luar mahkamah agak tegang apabila media dan orang ramai menunggu perkembangan kes berprofil tinggi itu,” katanya lagi.

Terdahulu, pasukan pendakwaan tiba sekitar jam 8.30 pagi bagi melengkapkan urusan prosiding, manakala peguam mewakili keluarga Allahyarhamah yang diketuai Hamid Ismail turut memasuki Mahkamah Kanak-kanak sekitar jam 9 pagi.

Kes berkenaan mendapat perhatian seluruh negara selepas insiden buli yang dialami Zara Qairina berakhir dengan tragedi kematian.

Peristiwa itu mencetuskan kebimbangan orang ramai terhadap tahap keselamatan pelajar di sekolah selain menimbulkan desakan agar undang-undang berkaitan jenayah juvana diperketatkan.

Prosiding pendakwaan dijangka berlangsung pagi ini dan akan menentukan bentuk pertuduhan yang bakal dihadapi kelima-lima remaja terbabit.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button