Kerajaan lulus RM1.5 bilion bina tembok sempadan Kelantan-Thailand
KOTA BHARU – Sebanyak RM1.5 bilion sudah diluluskan bagi pembinaan tembok sempadan di Kelantan-Thailand.
Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, kelulusan peruntukan itu dimaklumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), baru-baru ini.
“Peruntukan sudah lulus untuk membina tembok dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar sudah melakukan lawatan di sempadan.
“Bagi kawasan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok (KESBAN) akan ditambah pagar.
“Manakala bagi kawasan terbuka akan dibina tembok dan projek berkenaan dijangka dilakukan dalam masa terdekat,” katanya dalam satu sidang media, hari ini
Laporan media sebelum ini menyebut, pembinaan tembok keselamatan di sepanjang Sungai Golok, Rantau Panjang di Pasir Mas kini bukan lagi pilihan, tetapi satu keperluan strategik.
Langkah itu adalah bagi mengekang penyeludupan sekali gus mempertahankan kedaulatan negara di sempadan Kelantan-Thailand.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat sebelum ini dilaporkan berkata, hal ini kerana bentuk geografi Sungai Golok yang sempit dan airnya cetek menyebabkan kawalan keselamatan sukar dilaksanakan secara konvensional, meskipun dengan bantuan teknologi tinggi seperti kecerdasan buatan, dron atau kamera litar tertutup (CCTV).
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








