LUAR NEGARA

Kerajaan kuatkuasa perintah berkurung, kerah tentera kawal beberapa bandar

DHAKA – Beberapa bandar di negara ini mula dikawal tentera selepas pertempuran antara penunjuk perasaan dan polis sudah mengorbankan lebih daripada 105 nyawa.

Laporan agensi berita antarabangsa menyebut, kerajaan telah mula menguatkuasakan perintah berkurung sejak tengah malam tadi dan Pejabat Perdana Menteri mengerahkan tentera melakukan kawalan selepas polis sekali lagi gagal mengatasi keganasan.

“Kerajaan memutuskan untuk mengenakan perintah berkurung dan mengerahkan tentera untuk membantu pihak berkuasa awam,” kata Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Nayeemul Islam Khan kepada AFP.

Jalan-jalan di ibu kota Dhaka hampir lengang dengan tentera kelihatan berjalan kaki sementara kenderaan berperisai meronda di kawasan bandar yang menempatkan 20 juta penduduk.

Perintah berkurung akan terus berkuat kuasa sehingga 10 pagi (0400 GMT) esok, lapor penyiar swasta, Channel 24.

Menurut AFP yang memetik sumber pihak hospital, kebanyakan kematian dalam kalangan penunjuk perasaan adalah disebabkan tembakan pihak polis.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button