BERITA SEMASA

Keputusan permohonan IPTA, MARA BPT diumum 16 Jun

PUTRAJAYA – Keputusan permohonan kemasukan ke universiti awam, politeknik, kolej komuniti dan MARA bahagian pendidikan tinggi (BPT) bagi lepasan SPM akan diumumkan pada 16 Jun ini.

Menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), semakan keputusan boleh dibuat secara dalam talian bermula pukul 12 tengah hari, 16 Jun sehingga 5 petang, 25 Jun 2025 menerusi laman web institusi terlibat dan aplikasi mudah alih UPUPocket.

“Calon yang berjaya perlu membuat pengesahan setuju terima tawaran antara 17 hingga 25 Jun melalui laman web rasmi institusi masing-masing.

Universiti Teknologi Mara (UiTM)

“Surat tawaran rasmi hanya akan dikeluarkan selepas pengesahan dibuat dalam tempoh ditetapkan,” menurut kenyataan hari ini.

KPT turut memaklumkan hanya pemohon yang tidak berjaya atau mendapat tawaran peringkat sijil sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan.

“Bagi universiti awam dan politeknik, rayuan perlu dibuat melalui UPUOnline di https://upu.mohe.gov.my.

“Rayuan ke kolej komuniti dan MARA BPT pula boleh dikemukakan terus kepada institusi berkenaan.

Tawaran tempat pengajian adalah muktamad dan sebarang pertukaran program tidak dibenarkan.

“Permohonan rayuan juga tertakluk kepada kekosongan tempat selepas pendaftaran pelajar baharu,” kata kenyataan itu lagi.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA melalui talian 03-8684 2363 atau e-mel ke upu@mohe.gov.my.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button