BERITA SEMASA

Kementerian Komunikasi pilih Kampung Tebat Kering di Kuala Pilah sebagai kampung angkat

KUALA LUMPUR – Kampung Tebat Kering di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dipilih sebagai kampung angkat Kementerian Komunikasi.

Sehubungan itu, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, segala aspek berkaitan keperluan komuniti di kampung itu akan ‘dijaga’ oleh kementeriannya.

“Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim minta bukan sekadar aspek fizikal tetapi juga melihat kepada aspek komuniti dan isu-isu, sebagai contoh kenapa ramai tidak lepas (peperiksaan) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau tidak hadir (untuk menduduki) SPM, atau mungkin masalah pengangguran.

“PM minta kita luangkan lebih masa dan berpijak di bumi yang nyata. Beliau tidak mahu menteri atau pegawai atasan seolah-olah berada di awangan. Perlu fahami masalah rakyat,” katanya selepas Fiesta Deepavali di IWK Eco Park @ Pantai Dalam, yang turut dihadiri Timbalan Menteri Perpaduan Negara K Saraswathy, malam tadi.

Pada 8 Mei lalu, Fahmi dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Kabinet berkata, semua menteri diminta mengambil kampung angkat selaras saranan Perdana Menteri supaya setiap pemimpin di negara ini menjaga sebuah kampung.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu berkata, usaha ini bertujuan menyelami isu setempat dan menyelesaikan seberapa banyak masalah yang dihadapi penduduk.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button