BERITA SEMASADALAM NEGERI

Kementerian Digital salur 300 peranti kepada mangsa kebakaran paip gas

SUBANG JAYA – Kementerian Digital akan menyalurkan bantuan 100 komputer riba, 100 tablet, 100 telefon pintar dan 500 unit power bank kepada mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Selasa lalu.

Menterinya, Gobind Singh Deo berkata, permohonan bagi mendapatkan bantuan itu boleh dibuat bermula hari ini melalui pusat khidmat wakil rakyat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Kemuning, S. Preakas.

“Semasa melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Masjid Putra Heights pagi itu, saya dimaklumkan bahawa ramai mangsa kehilangan atau mengalami kerosakan pada peranti digital mereka akibat insiden tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu Gobind berkata, pihaknya sedang dalam proses membangunkan satu platform bagi menyalurkan maklumat dan kemas kini untuk kegunaan mangsa dan semua pihak berkait insiden itu.

Katanya, usaha itu akan dilaksanakan melalui kerjasama MyDigital Corporation, agensi di bawah Kementerian Digital, Selangor Information Technology and Digital Economy Corporation (SIDEC) dan Pejabat Menteri Besar.

“Platform ini bertujuan memastikan mangsa menerima maklumat dan kemas kini dengan jelas serta tepat pada masanya.

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus membantu mangsa terjejas,” tambah beliau.

Katanya, Kementerian Digital dan agensinya akan terus komited untuk bekerjasama dengan semua pihak dalam membantu mangsa yang terkesan akibat insiden ini.

“Kami berharap agar semua yang cedera akan pulih dengan selamat dan mereka yang mengalami kerugian menerima bantuan sewajarnya dalam menghadapi masa yang sukar ini,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button