Kemelut di Perlis: Permuafakatan Nasional jalan terbaik selesai masalah – Shahidan Kassim
KUALA LUMPUR – Timbalan Pesuruhjaya PAS 3 Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim menyifatkan Permuafakatan Nasional merupakan jalan terbaik bagi mengatasi kemelut politik yang sedang melanda Perlis sekarang.
Malah Ahli Parlimen Arau itu turut memetik nama Zahid dalam hantaran itu dipercayai merujuk kepada Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“Permuafakatan Nasional @ PN antara jalan terbaik selesai masalah. Ihsan Zahid,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya.
Kemelut politik di Perlis menjadi tumpuan semua pihak selepas
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengumumkan keahlian
Saad Seman, ADUN Chuping; Fakhrul Anwar Ismail, ADUN Bintong; dan Mohd Ridzuan Hashim, ADUN Guar Sanji terhenti selepas bertindak menarik sokongan terhadap Menteri Besar.
Media sebelum ini melaporkan terdapat lapan ADUN Perlis didakwa tidak lagi menyokong kepimpinan Mohd Shukri dan menyerahkan SD kepada pihak Istana Perlis, Jumaat lalu.
Selain tiga ADUN PAS itu mereka yang didakwa itu ialah wakil daripada BERSATU iaitu Abu Bakar Hamzah (Kuala Perlis); Izizam Ibrahim (Titi Tinggi); Megat Hashirat Hassan (Pauh); Wan Zikri Afthar Ishak (Tambun Tulang); dan Marzita Mansor (Sena).
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |





