Kemelut BERSATU: PAS mahu jadi orang tengah demi masa depan PN
MARANG – Parti PAS mahu menjadi ‘orang tengah’ dalam kemelut kepimpinan yang melanda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) demi menyelamatkan masa depan Perikatan Nasional (PN).
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, beliau telah bertemu dengan wakil Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan timbalan presiden yang dipecat, Datuk Seri Hamzah Zainuddin secara berasingan baru-baru ini bagi menjelaskan pendirian masing-masing.
“Masing-masing (Muhyiddin dan Hamzah) ada hujah, saya dengar dan kita (PAS) hendak selesaikan. Yang penting kita hendak selamatkan Perikatan Nasional dahulu,” katanya kepada Kosmo Online, hari ini.
Abdul Hadi berkata, PAS berpandangan PN hanya boleh mengambil alih pemerintahan negara sekiranya melibatkan semua pihak dalam gabungan pembangkang tersebut.
Sehubungan itu, Ahli Parlimen Marang itu berkata, PAS akan mengadakan mesyuarat pada esok bagi membincangkan kedudukan Ketua Pembangkang berikutan pemecatan Hamzah dalam BERSATU selain isu kekosongan Pengerusi PN yang sudah tertunggak hampir dua bulan.
“Kita akan bincang (Ketua Pembangkang) dalam mesyuarat PAS sekali dengan Pengerusi PN. Memang kita berhasrat hendak ambil alih PN, (kedudukan) Ketua Pembangkang buat ada keputusan lagi,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








