BERITA SEMASA

Kelantan umum bayaran khas RM2,000 kepada penjawat awam

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM2,000 kepada seluruh penjawat awam di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud ketika mengumumkan perkara itu berkata, bayaran itu akan dibuat pada Febuari tahun hadapan.

“Selain itu, pegawai-pegawai lantikan politik termasuk ahli-ahli majlis, penghulu, halaqat, penyelaras ICT DUN, penyelaras pembangunan armalah, guru pondok, guru al-Quran dan guru fardu ain serta guru jahitan mudarribah akan dibayar dengan kadar bersesuaian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Kelantan Bagi Tahun 2024, di sini hari ini.

Mohd Nassuruddin berkata, bayaran itu adalah bagi menghargai jasa dan bakti pegawai serta kakitangan kerajaan negeri yang telah melaksanakan tanggungjawab dengan penuh berintegriti untuk membangunkan negeri ini.

Tambahnya, kesemua bayaran itu melibatkan perbelanjaan berjumlah RM18 juta.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button