Penjawat awam wanita NS balik pukul 2 petang setiap Jumaat sepanjang Ramadan
SEREMBAN – Penjawat awam wanita di Negeri Sembilan diberi kelonggaran untuk pulang pada pukul 2 petang setiap Jumaat sepanjang Ramadan.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kelonggaran tersebut diberikan kepada petugas di bawah pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan berkanun negeri.
“Ini adalah pelaksanaan waktu bekerja fleksi khas bulan Ramadan tahun 2026 bagi penjawat awam wanita di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan. Jadi hari Jumaat mereka akan bekerja sehingga pukul 2 petang.
“Lepas orang lelaki datang, mereka balik. Ini melibatkan lebih kurang 2,496 penjawat awam wanita di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di sini hari ini.
Seterusnya Aminuddin turut mengumumkan bantuan khas kewangan kepada 57,000 pekerja Kerajaan Persekutuan di negeri ini membabitkan peruntukan sebanyak RM17 juta akan diberikan pada 14 Mac hadapan iaitu sebelum sambutan hari raya Aidilfitri.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








