BERITA SEMASA

Mohd Nassuruddin angkat sumpah sebagai MB Kelantan baharu

KOTA BHARU – Ahli Dewan Undangan Negeri Meranti, Datuk Mohd Nassuruddin Daud mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan yang baharu di depan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Istana Negeri Kubang Kerian di sini petang tadi.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Temangan, Datuk Mohd Fadzli Hassan mengangkat sumpah sebagai Timbalan Menteri besar dalam majlis yang bermula pada pukul 5.30 petang tadi.

Mohd Nassuruddin yang merupakan Ketua Penerangan PAS Kelantan menggantikan Datuk Ahmad Yakob yang memilih untuk mengundur diri ekoran masalah kesihatan.

Manakala Mohd Fadzli menggantikan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Mohd Nassuruddin mengangkat sumpah sebagai MB Kelantan yang baharu di Istana Negeri Kubang Kerian di sini petang tadi.

Upacara turut disaksikan oleh Tengku Mahkota, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra.

Menjelang Pilihan Raya Negeri pada Sabtu lalu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengumumkan pentadbiran parti itu di Kelantan akan diterajui muka baru dengan gabungan tokoh agamawan dan teknokrat jika menang pilihan raya.

Menteri besar Kelantan ke 19 itu dilantik selepas PAS yang mengetuai gabungan Perikatan Nasional (PN) bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menang 43 daripada 45 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lalu.

Pada PRN itu, Mohd Nassuruddin yang merupakan penyandang kerusi DUN Meranti berjaya mempertahankan kawasan itu apabila menang dengan mojoriti 9,154 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Zahri Omar.

Panglima Perang PAS Kelantan itu memperoleh undian sebanyak 13,260 sementara Zahri 4,106 undi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button