
‘Keadaan Ahmad Zahid semakin baik’ – PM Anwar
PUTRAJAYA – Keadaan kesihatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semakin baik.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau sempat meluangkan masa di rumah Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah sebelum hadir ke program pagi tadi.
“Saya ingin sampaikan salam daripada Datuk Seri Ahmad Zahid yang sekarang bertambah sihat, Alhamdulillah. Saya sempat bersama beliau sekejap tadi di rumahnya.
“Insya Allah, beliau akan memulakan tugas sedikit masa lagi. Kalau ikutkan beliau mahu datang ke sini (KUD), tapi saya bagi arahan tidak boleh hadir.
“Sebab dia perlu masa berehat sedikit untuk memulakan dan meneruskan usaha dan kegiatan kita di kementerian,” kata Perdana Menteri.
Anwar berkata demikian ketika memulakan ucapan perasmiannya pada Karnival Usahawan Desa (KUD)@Putrajaya di Anjung Floria, di sini hari ini.
Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menerusi hantaran di X (Twitter) mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesembuhannya selepas menjalani pembedahan.
“Seperti dinasihatkan doktor, saya dalam tempoh berehat sebelum kembali bertugas. Terima kasih sekali lagi kepada semua yang mendoakan dan memberikan sokongan,” kata Ahmad Zahid.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








