KBS pergiat kerjasama dengan pusat beli belah, wujudkan kawasan sukan selamat
SHAH ALAM – Kementerian Belia dan Sukan komited untuk terus berkerjasama dengan pusat-pusat membeli belah di negara ini bagi mewujudkan lebih banyak kawasan aktiviti riadah dan sukan yang selamat.
Menterinya, Hannah Yeoh berkata, dengan adanya ruang kawasan sukan selamat di pusat membeli-belah, ia dapat mempromosikan budaya bersukan kepada pengunjung yang datang dan mendorong mereka untuk mencuba sukan baharu.
“KBS akan terus bekerjasama dengan pusat membeli-belah untuk mewujudkan kawasan aktiviti riadah dan sukan yang selamat untuk pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan muda dan warga emas,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.
Terdahulu, Hannah melancarkan Digital Sports Arena di pusat belah belah i-City, di sini, semalam.



| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








