SUKAN

Kastaneer cipta sejarah, wakili Terengganu FC di pentas Piala Dunia

KUALA TERENGGANU – Penyerang Terengganu FC, Gervane Kastaneer mencatat sejarah tersendiri apabila membuat penampilan sulung di pentas FIFA World Cup 2026 bersama pasukan kebangsaan Curacao.

Pemain berusia 29 tahun itu diturunkan sebagai pemain gantian pada minit ke-82, sekali gus menjadi antara pemain yang beraksi dalam Liga Malaysia berjaya merasai pengalaman beraksi di kejohanan bola sepak paling berprestij dunia.

Kejayaan Kastaneer menembusi skuad Piala Dunia bukan sahaja menjadi kebanggaan buat dirinya, malah turut mengharumkan nama Terengganu FC di peringkat antarabangsa.

Penampilan tersebut membuktikan kualiti pemain yang beraksi dalam Liga Super Malaysia mampu bersaing di pentas tertinggi bola sepak dunia.

Momen bersejarah itu turut mendapat perhatian penyokong skuad Penyu yang menyifatkannya sebagai satu pencapaian membanggakan buat kelab berkenaan.

“Dari Kuala Terengganu ke pentas dunia” menjadi simbolik kepada perjalanan karier Kastaneer yang kini mengukir nama sebagai pemain Terengganu FC yang beraksi di Piala Dunia.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button