BERITA SEMASASUKAN

Kepulangan juara dunia, Tang Jie-Ee Wei disambut penuh meriah

SEPANG – Detik kepulangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, selepas bergelar juara dunia di Paris disambut penuh meriah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), awal pagi tadi.

Ketibaan pasangan itu diraikan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh bersama Ketua Setiausaha KBS, Datuk Ts Dr K. Nagulendran, Ketua Pengarah MSN, Jefri Ngadirin serta Timbalan Presiden BAM, Datuk V. Subramaniam.

Turut pulang bersama mereka ialah beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, yang menutup kempen cemerlang di Paris selaku naib juara dunia.

Kelmarin, Tang Jie-Ee Wei menghadirkan detik bersejarah buat negara bersempena sambutan Hari Merdeka apabila menewaskan pilihan kedua dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin, 21-15, 21-14 dalam tempoh 40 minit pada aksi final di Adidas Arena.

Sementara itu, Pearly-Thinaah yang menduduki ranking nombor dua dunia, terpaksa berpuas hati di tangga naib juara selepas tewas kepada gandingan nombor satu dunia dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning dalam pertarungan sengit tiga set 14-21, 22-20, 17-21 yang berlangsung selama 83 minit.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button