JPN Selangor tidak kompromi kes buli
CYBERJAYA – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor tidak akan berkompromi susulan penularan video yang memaparkan kejadian buli dipercayai berlaku di sebuah sekolah di Rawang.
JPN Selangor dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya memandang serius penyebaran video berkenaan dan akan memastikan pihak yang bertanggungjawab dikenakan tindakan atas ‘salah laku’ mereka.
“Insiden ini sedang berada dalam perhatian pihak polis dan kita memberi kerjasama penuh terhadap proses siasatan yang sedang dijalankan.
“Kita tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku yang boleh menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan pelajar.
“Tiada siapa akan dilindungi. Sesiapa yang didapati bersalah akan diambil tindakan tegas, selaras dengan peraturan sedia ada,” kata JPN Selangor dalam kenyataan tersebut.
Sejak semalam, tular satu video di media sosial yang menunjukkan seorang pelajar berulang kali menyerang rakan sekolahnya, manakala pelajar lain hanya melihat malah merakam kejadian itu menggunakan telefon bimbit mereka.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







