JENAYAH & MAHKAMAH

Polis tahan 4 pelajar disyaki buli kanak-kanak di rumah anak yatim

MELAKA – Polis menahan empat pelajar sekolah menengah kerana disyaki membuli seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun di sebuah rumah anak yatim di Pantai Puteri, Tanjung Kling.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, mangsa dalam laporannya mengadu ditendang dan ditumbuk oleh sekumpulan pelajar senior.

Suspek turut didakwa menenggelamkan kepala mangsa ke dalam baldi berisi air serta mengheretnya di lantai tandas.

Insiden itu terbongkar selepas ibu mangsa membuat laporan polis pada malam Rabu selepas mengetahui kejadian tersebut.

Bertindak atas laporan, polis menahan empat remaja lelaki berusia 15 dan 16 tahun keesokan harinya.

“Suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan didapati negatif dadah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kesemua suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka direkodkan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 507B Kanun Keseksaan kerana kesalahan buli, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button