BERITA SEMASA

Jerebu: Sekolah di tiga daerah di Selangor ditutup akibat IPU tinggi esok

SHAH ALAM – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor mengumumkan penutupan sepenuhnya semua sekolah di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Langat, PPD Gombak dan PPD Petaling Perdana.

Menurut JPN Selangor, langkah itu diambil berikutan perkembangan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang menjejaskan kawasan berkenaan.
​
Menurutnya, penutupan ini melibatkan seluruh sekolah di ketiga-tiga daerah terbabit.

“Walau bagaimanapun, sekolah-sekolah di daerah lain di sekitar Selangor akan beroperasi seperti biasa.

​”Pihak sekolah yang terlibat diminta memaklumkan perkara ini kepada ibu bapa atau penjaga serta mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid sentiasa diutamakan,” menurut kenyataan itu.

​Selain itu katanya, warga pendidikan serta ibu bapa dinasihatkan supaya sentiasa peka dan mengikuti makluman rasmi daripada pihak berkuasa berhubung perkembangan kualiti udara dan sebarang arahan berkaitan operasi sekolah.

​JPN Selangor turut memaklumkan bahawa sebarang maklumat lanjut mengenai operasi dan pembukaan semula sekolah akan diumumkan dari semasa ke semasa menerusi saluran rasmi Kementerian Pendidikan (KPM) serta JPN Selangor.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button