Jerebu: Sekolah di Johor, empat PPD di Selangor dan KL ditutup esok – Fadhlina
KUALA LUMPUR – Semua sekolah di Johor serta sekolah di bawah empat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Selangor dan Kuala Lumpur ditutup esok susulan situasi jerebu.
Menurut Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek, empat PPD terbabit ialah PPD Bangsar Pudu, PPD Hulu Langat, PPD Gombak dan PPD Petaling Perdana.
“Bagaimanapun, sekolah di Melaka, Pulau Pinang, Putrajaya, Labuan, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Sabah dan Sarawak beroperasi seperti biasa,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya hari ini.
Bagi Kuala Lumpur dan Selangor katanya, sekolah di bawah PPD selain yang disenaraikan akan meneruskan operasi seperti biasa.
Justeru katanya, ibu bapa dan warga sekolah diminta merujuk makluman rasmi Kementerian Pendidikan (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) serta PPD masing-masing untuk mendapatkan perkembangan terkini berhubung operasi sekolah susulan keadaan jerebu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |


