BERITA SEMASA

Jenazah mangsa jatuh gaung selamat dikebumi

GUA MUSANG – Suasana hiba menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Kampung Lebir di sini, apabila jenazah mangsa kenderaan jatuh gaung di laluan Kenyir- Felda Aring, Hulu Terengganu, kelmarin, selamat dikebumikan pada pukul 9.26 malam tadi.

Dalam kejadian itu di Kilometer (Km) 52 Jalan Kuala Jeneris – Sg Gawi – Aring (Bukit Kawah) itu, Allahyarhamah Suzaimah Che Azis, 34, meninggal dunia bersama Hassan Shazali, 52.

Jenazah tiba di rumahnya pada pukul 8.45 malam dan disolatkan sebelum dikebumikan, memetik laporan Buletin TV3.

Lebih 50 penduduk terdiri daripada sanak saudara termasuk kenalan rapat Allahyarhamah hadir menziarahi jenazah.

Kelmarin media melaporkan, pasangan dipercayai bakal pengantin itu maut di lokasi kejadian selepas SUV dinaiki mereka terbabas ke gaung sedalam lebih 60 meter.

Mereka dari arah Hulu Terengganu menghala ke Gua Musang melalui jalan yang ditutup sepenuhnya akibat tanah runtuh, berikutan hujan lebat pada musim tengkujuh sejak November tahun lalu.

Suzaimah merupakan ibu tunggal kepada tiga orang anak berusia 15, 12 dan 7 tahun selepas berpisah dengan suaminya sejak lebih setahun lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button