SPRM tahan Tan Sri disyaki tipu wang pelabur cecah RM300 juta
KOTA BHARU – Seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri ditahan kerana disyaki menipu wang pelabur dipercayai mencecah jumlah lebih RM300 juta sejak dua tahun lalu.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, suspek lelaki berusia 60-an yang juga pemilik sebuah syarikat swasta dan ahli kewangan Islam berkenaan ditahan selepas tiba di ibu pejabat SPRM di Putrajaya, semalam.
SPRM turut menahan seorang wanita yang juga ahli Lembaga Pengarah syarikat terbabit yang berpangkalan di Kuala Lumpur, kelmarin, untuk membantu siasatan kes sama.
“Kita mendapat maklumat bahawa Tan Sri berusia 60-an itu dan seorang wanita berumur 50-an yang memegang jawatan ahli Lembaga Pengarah sebuah syarikat pelaburan, disyaki terbabit penipuan pelabur berskala besar.
“Ramai pelabur dari serata negara dilaporkan kehilangan ratusan juta ringgit. Malah, kita menganggarkan kerugian dialami pelabur itu mencecah lebih RM300 juta sejak dua tahun lalu.
“Pelaburan dipercayai didalangi dua suspek berkenaan adalah pelbagai dengan dijanjikan pulangan yang lumayan,” katanya kepada pemberita pada Program Cakna Rasuah: SPRM Bersama Media, di sini hari ini.
Tambah beliau, SPRM memperoleh kebenaran perintah reman selama empat hari terhadap suspek itu di mahkamah Putrajaya, pagi tadi, bagi membantu siasatan lanjut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








