BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Polis tahan ibu, ibu saudara kanak-kanak jatuh pangsapuri

KUALA LUMPUR – Polis menahan ibu dan ibu saudara seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 30 sebuah pangsapuri di Bukit Jalil, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, kedua-dua wanita itu direman sehingga hari ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian.

Menurut Aidil, pihaknya menerima laporan mengenai insiden itu daripada orang awam pada pukul 11.17 pagi.

Terdahulu, media melaporkan kanak-kanak lelaki berkenaan dipercayai terjatuh dari balkoni sebuah unit kediaman di Jalan Jalil Impian 1, Bukit Jalil.

Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan kecederaan akibat jatuh dari tempat tinggi.

“Punca kejadian dan bagaimana kanak-kanak itu boleh terjatuh masih dalam siasatan lanjut polis.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button