Polis sahkan insiden potong kabel ERL
SEPANG – Polis Sepang mengesahkan menerima laporan mengenai insiden pemotongan kabel ‘signal link’ berhampiran laluan Express Rail Link (ERL) menghala ke Stesen KL Sentral yang menyebabkan gangguan kepada sistem isyarat tren tersebut, hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintenden G K Shan Gopal dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan kejadian kira-kira pukul 9.33 pagi tadi.
“Laporan dibuat susulan gangguan signal dikesan di Kilometer 48.5 (menghala ke Kuala Lumpur Sentral).
“Hasil semakan di lokasi mendapati terdapat kabel signal link yang telah dipotong. Bagaimanapun tiada kehilangan kabel dilaporkan,” katanya dalam kenyataan tersebut, hari ini.
Kata Shan Gopal, kerosakan akibat potongan kabel itu dianggarkan bernilai lebih kurang RM12,000. Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 431A/447 Kanun Keseksaan,” katanya lagi.
Beliau kemudiannya menambah, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan suspek yang terlibat.
G Shan turut menasihatkan orang awam supaya tidak menyebarkan sebarang berita tidak benar berhubung kejadian itu dan mereka yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Hishamudin Amin di talian 011-11739477.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








